Monday, March 19, 2012

Happy Birthday My Best Friend

TODAY I WOULD LIKE TO WISH YOU
HAPPY 2OTH BIRTHDAY TO
AHMAD HAKIM BIN AHMAD ALI



AIR DICINCANG TAKAN PUTUS
:)

Tuesday, February 28, 2012

Selamat Malam


Hari ini bertarikh 29.2.2012
Selamat hari lahir Izzat Haikal bin Hamazah yang ke 5 tahun (loop year)
Semoga panjang umur dan murah rezeki InsyaAllah.
dan kepada sesiapa yang lahir pada tarikh tersebut, anda mesti dapat menyambut gilang gemilang.
Maaf kalau kene tepung+telur tadi, pasti akan dikenang sampai bila2.

Awesome friends are awesome :)







Monday, February 27, 2012

random thoughts

aku pernah terfikir, kenapa org tolak hudud?
org cakap islam adalah agama rasmi dlm malaysia
sesetengah org cakap tidak sesuai diamalkan dalam
masyarakat berbilang agama.

tapi kenapa kita tidak terfikir bahawa malaysia sesebuah
negara yang berada dalam planet bumi ni kepunyaaan Allah
S.W.T?
walaupun hidup dalam berbilang agama kenapa kita tolak
hukum Allah? sedangkan kita tahu Islam itu agama benar?
Kenapa pula kita hendak ikut telunjuk agama lain?
Kita ada pendirian.

Sedihnya hari ini ada juga yang memaling tadah hukum Allah
malah obviously backing up orang bukan Islam. Di manakah
pendirian kita terhadap agama Islam?

Hakikatnya, Islam pada zaman ini sangat lemah, sangat
ketinggalan daripada agama2 lain.


Satu lagi persoalan yang baru terlintas di fikiran ku,
kita terlalu perjuangkan bangsa lebih dari perjuangakan
agama kita. kita lagi takut kalau bangsa lain lebih dari
kita sedangkan agama kita langsung ta ambil peduli.

Perjuangan Islam lebih mulia dari perjuangkan bangsa
kerana perjuangan Islam dipandang mulia oleh Allah SWT
dan dianggap fisabilillah. Perjuangan bangsa pun tidak
salah, kita boleh perjuangkan bangsa dengan niat utk
memajukan sesebuah bangsa dan bersaing secara sihat.

Islam jugalah agama yang flexible kerana Islam bukanlah
sesuatu bangsa, malah Islam terima semua bangsa. :)




p/s= sekadar renungan dan ikhtibar, tolak isu politik dan
sekadar pandangan rawak dari aku. apa2 kebaikan kita
ambil dan keburukan kita buang.

Sunday, February 26, 2012

A dying week.

Assalamualaikum w.b.t. Rasanya nak dekat seminggu aku ta update blog ni. maklumlah final exam bakal menjelang.

Sebut pasal final exam ni memang busy, busy bkn sebab study ke apa, busy sebab nak siapkan assignment yang bersepah2. Kalau aku buat kerja kat rumah memang ta jalan lah kan, sebab rumah ibarat tempat aku beristirehat. Aku buat inisiatif sendiri pergi bermalam di kolej untuk aku study+buat assignment. Start dari hari rabu aku da stay kat kolej.

Minggu ni jugalah minggu direct test2 bagai. Start hari rabu, sabtu, ahad, isnin, selasa dan khamis. semua subjek2 hard core pnye, aku terpaksa bertungkus lumus, tidur lewat semata2 nak study, di tambah plak assignment bagai lagi seperti diceritakan di atas.

Aku jarang balik rumah dah sekarang, aku kena berkorban utk tingkatkan pointer aku balik, ini lah 1 harapan aku utk dptkan balik pinjaman yg dibekukan sepanjang sem 4 aku ni. InsyaAllah usaha dgn tawakal aku berjaya dalam pengajian ini. Doakan aku semoga berjaya dan aku sentiasa doakan kejayaan korang semua. Ini sahaja posting aku utk hari ini.

p/s - Kalau korang baca rasa mcm aku ni merepek sgt maknanya betapa serabutnya hidup aku smpai aku nak mengarang pun tunggang terbalik

Sunday, February 19, 2012

February 20, 2012

Today is Monday, nothing much happens in this day. Seperti biasa assignment semua tak siap lagi, study pun tak lagi, padahal ada berlambak test-test this weekends ni. 

Lama jugalah aku tidak update post kat blogger ni, selalunya aku menggunakan twitter untuk post2 something, mostly pasal diri aku. Aku pun takde idea macam mana nak meriahkan blog aku ni memandangkan aku jarang2 blogwalking. Setakat ni member2 aku yg betul2 active dalam blog ni catt, jiha, tika, maya, dan kebanyakan perempuan sebab laki jarang guna medium blog untuk ekspressi diri masing2.

InsyaAllah aku kembali aktif dalam blog ini selepas ni dan harap2 aku dapat kongsikan kepada korang post2 dan idea2 menarik dari kotak fikiran aku. 


good luck and have a nice day :D

Tuesday, July 19, 2011

Assignment

Aku still tatau lagi assignment aku ape. Dan aku ta jangka pun ada assignment time cuti skola, setahu aku time cuti2 ni la syok2 tido.




Ayuh kita tidur same2.


(comel je tgk kucing ni tidur)

catt

WANTED
KHATIJAH BINTI HAMID

Keterangan: Kembalikanlah zaman kau muda2 dulu. Zaman kau sekolah, zaman yang penuh keriangan yang tidak terhingga. Aku tengah menunggu. :)